
Pembangunan profesionalisma percuma online untuk para pendidik
Kursus Project Based Approaches (PBA)
atau
Kursus yang mencabar dan mempunyai impak terhadap tugas harian guru. Cuba kursus pendek ini untuk mengetahui faedahnya.
Intel Teach Elements - Kursus Project Based Approaches (PBA)
Email Pelan Tindakan PBA anda untuk memenangi satu hadiah. Hadiah akan diberikan setiap bulan (mulai Jun hingga Disember 2010) kepada peserta yang layak.
Hubungi yk_yap@anyconnection.com atau 0126390536 untuk keterangan lanjut.
Pemenang bulan Julai 2010:
1. 2 peserta dari kursus pendek UNESCO-USM
2. 1 peserta dari ELTC
Pemenang bulan Jun 2010:
1. 5 peserta dari RECSAM
2. 3 peserta dari ELTC
3. 1 peserta dar IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
| Anugerah Guru Mithali Intel 2010 |
|
|
Intel Malaysia mempelawa guru-guru sekolah awam dan para pendidik IPG untuk memohon. Muat Turun ›
|
Program Intel® Teach
Kursus Program Intel® Teach membantu guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah serta guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran bagi meningkatkan pembelajaran murid demi membangunkan kemahiran pemikiran aras tinggi.
Program Intel® Teach membantu guru-guru sekolah memahami bagaimana, bila dan cara-cara menggunakan alat teknologi serta sumber ke dalam bilik darjah. Selain daripada belajar cara-cara menyatukan serta menggunakan alat-alat teknologi dan sumber-sumber dalam rancangan pelajaran, mereka juga ditunjukkan cara terbaik untuk membina alat pentaksiran dalam pelajarannya sesuai dengan matlamat pembelajaran dan spesifikasi kurikulum.
Program Intel® Teach dilancarkan pada tahun 2000 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Intel telah bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Sekolah (BS), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau agensi yang ada hubungan dengan KPM. Lebih daripada 50,000 pendidik, guru dan guru pelatih Malaysia telah berjaya mengikuti program ini. Bahan kurikulum telah diadaptasi dan disesuaikan untuk kegunaan para pendidik di Malaysia.
Perkara Penting Kurikulum
Kandungan latihan Intel® Teach Versi 10 mengandungi tiga puluh dua jam sesi amali yang disampaikan melalui lapan modul. Secara purata setiap modul mengambil masa empat jam. Peserta hanya dikehendaki menyempurnakan satu tugasan sahaja – satu persembahan, penerbitan atau bahan sumber berasaskan laman web (wiki atau blog). Semua modul telah diberi nama baru mengikut tujuannya yang berfokuskan lebih kepada membangun dan mentafsir project Begitu juga pelaksanaan amalan pengajaran berkesan yang menggalakkan pembelajaran abad ke-21 juga diberi perhatian. Latihan ini bukan semata-mata program kemahairan Teknologi Maklumat.
Peserta menerima latihan dan sumber untuk belajar cara menggunakan teknologi secara berkesan dalam bilik darjah melalui kajian, komunikasi dan strategi prokuktiviti.
Sumber-sumber baru telah dimasukkan dalam kursus Intel® Teach versi 10.1. Untuk mengemaskinikan kandungan dengan pendekatan pedagogi terkini, Intel® Teach versi 10.1:
- memfokuskan lebih kepada rekabentuk pengajaran, pendekatan projek, pelbagai kaedah pentaksiran melalui kitaran pengajaran, dan menggalakkan pembelajaran abad ke-21.
- memberi fokus kepada guru sebagai pembangun kurikulum.
- mengeluarkan langkah-langkah mempelajari pengisian daripada manual dan memindahkannya ke dalam CD atau sistem bantuan berasaskan laman web iaitu Panduan Bantuan Intel® Pendidikan.
Kurikulum versi 10.1 bagi Teach Essentials Online (TEO) telah dicuba di IPG dan sekolah pada akhir 2008. Kursus ini merupakan satu latihan bersemuka dan online. Sebanyak 14+46 jam diperlukan untuk Fasilitator Utama (Master Facilitator) dan 12+48 jam untuk guru (Participant Teacher).
Kursus Thinking with Technology yang mengandungi 11 modul, memerlukan 24-40 jam untuk menyelesaikan pengajaran interaktif bersemuka. Modul ini memfokus kepada HOTS yang disampaikan melalui alat online. Kursus ini telah dicuba dengan jayanya di Kuala Lumpur pada Oktober 2009.
Project-Based Approaches (PBA) merupakan satu kursus pembangunan profesional yang boleh diambil kini, bila-bila masa dan di mana sahaja. Siri kursus baru ini membekalkan konsep pembelajaran abad ke-21 secara mendalam melalui:
- tutorial animasi dan dialog audio untuk menjelaskan konsep
- latihan interaktif
- aktiviti offline
Model Latihan
Program ini menggunakan model melaltih jurulatih. Jurulatih kanan (ST) melatih fasilitator kanan (MF) yang seterusnya akan melatih seramai kira-kira 20 orang guru.
Pendidik dan guru menjalani latihan secara komprehensif supaya layak menjadi kakitangan penting sumber. Mereka seterusnya akan mengendalikan lathan kepada guru sejawatnya. Sijil Program Intel® Teach diberi kepada peserta kursus yang menamatkan latihan dan yang telah menyempurnakan unit portfolio.
Program baru 2010 Intel® Teach Essentials Versi 10.1 (Bersemuka) - 32 jam Intel® Teach Elements: Project-Based Approaches (PBA) - 15-20 jam Intel® Teach Thinking with Technology (TwT) - 40 jam
Dikemaskini pada 4hb Februari 2010 |